Sunday, March 25, 2012

KULIAH SUBUH OLEH USTAZ SHAHZULQARNAIN PADA AHAD, 25 MAC 2012

Pada hari ini iaitu Ahad, 25 Mac 2012 telah berlangsungnya Kuliah Subuh di Surau Nurul Iman yang disampaikan oleh Ustaz Shahzulqarnain. Beliau telah membahaskan kitab 'Syarah Hadis Bukhari' (Fiqhul Hadis).

Pada kuliah kali ini, beliau telah menerangkan hadis mengenai Lailatul Qadar yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Hurairah r.a.

Ustaz Shahzulqarnain juga telah menceritakan latar belakang Abu Hurairah r.a., kisah sahabat Nabi SAW iaitu Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. yang membakar lembaran-lembaran hadis yang diriwayatkan olehnya disebabkan sikap berhati-hati dan takut melakukan kesilapan, dan kisah Sayyidina Umar al-Khattab r.a. yang menegur seorang sahabat yang beribadah sepanjang malam sehingga terlepas solat Subuh (luput waktu).

Kuliah Subuh berakhir sekitar jam 7.15 pagi sebelum ditutup dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah al-Asr.

Ustaz Shahzulqarnain sedang menyampaikan Kuliah Subuh
Ahli-ahli kariah yang hadir mengikuti Kuliah Subuh

No comments:

Post a Comment