Sunday, March 25, 2012

KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ KAMARUZAMAN PADA SABTU, 24 MAC 2012

Pada Sabtu, 24 Mac 2012 telah diadakan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman dari Kuala Kubu Bharu. Ustaz Kamaruzaman merupakan seorang pensyarah di sebuah Kolej Komuniti di Hulu Selangor.

Beliau telah membahaskan kitab 'Fiqh Al-Harakah : Dari Sirah Nabawiyyah' karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pada kuliah kali ini, beliau telah mengupas tajuk 'Mendapat Tarbiyah Ilahi' iaitu di mukasurat 52.

Di bawah tajuk ini, Ustaz Kamaruzaman telah menerangkan perbezaan antara Tarbiyah (Pendidikan) dengan Ta'lim (Pembelajaran), kewajiban anak lelaki yang sudah baligh untuk mencari wang sendiri bagi membayar zakat fitrah, keperluan membersihkan hati dan jiwa bagi seseorang yang ingin menjadi pendakwah, kisah Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa a.s. yang bekerja mengembala kambing, ketinggian peribadi, akhlak dan maruah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sehingga baginda digelar 'Al-Amin' oleh penduduk Mekah, dan penyertaan baginda dalam Peperangan Al-Fajar.

Sebelum kuliah berakhir pada jam 9.10 malam, Ustaz Kamaruzaman telah menjawab satu soalan dari salah seorang ahli jemaah yang hadir dan diikuti dengan doa penutup yang dipimpin oleh beliau. Ustaz Kamaruzaman juga telah memimpin Solat Isyak berjemaah selepas itu.

No comments:

Post a Comment