Saturday, March 10, 2012

BLOG BARU SURAU NURUL IMAN TELAH DIHASILKAN

Gambar profil Surau Nurul Iman
Alhamdulillah, blog baru Surau Nurul Iman, Cemperaisari, Bandar Sungai Buaya telah dihasilkan pada Sabtu, 10 Mac 2012 bersamaan dengan 17 Rabiul Akhir 1433 Hijrah.

Tujuan blog ini dihasilkan ialah sebagai wadah untuk memaklumkan aktiviti-aktiviti dan program-program terkini surau sama ada yang telah atau akan dilaksanakan, memaklumkan perkembangan semasa surau dan ahli jemaah, serta penghubung silaturrahim dan ukhuwwah sesama ahli jemaah surau.

Semoga usaha ini mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak terutama para penduduk Jalan Cemperaisari, Bandar Sungai Buaya, serta mendapat redha dan rahmat dari Allah SWT.

Sekian, wassalamu'alaikum wrt. wbt.

Administrator.

No comments:

Post a Comment