Tuesday, April 3, 2012

MESYUARAT CADANGAN PENUBUHAN BADAN KHAIRAT NURUL IMAN PADA SABTU, 7 APRIL 2012

Pihak Surau Nurul Iman bercadang untuk mewujudkan 'Badan Khairat Nurul Iman'. Sebagai memulakan langkah, Ahli Jawatankuasa Kerja / Kecil perlu dibentuk untuk membincangkan perkara ini sebagaimana badan khairat perlu diwujudkan, dan hal-hal lain yang difikirkan bermanfaat untuk kebajikan anak kariah Surau Nurul Iman. 

Oleh itu mesyuarat pertama akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 7 April 2012 / 15 Jamadil Awwal 1433 Hijrah (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Nurul Iman

(Insya-Allah jamuan makan di Restoran Arab Hadralmout selepas mesyuarat)

Segala input / idea / pandangan dan persetujuan amat diperlukan agar cadangan ini dapat direalisasikan serta dimanfaatkan kebaikannya oleh semua anak kariah.

Sunday, April 1, 2012

KITA PASTI AKAN MATI. BERSEDIAKAH KITA...?

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

   185 : سورة آل عمران

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." - Surah Ali-'Imran : 185.

SEKITAR GOTONG-ROYONG WALIMATUL URUS RUMAH PUAN ZABIDAH PADA SABTU, 31 MAC 2012

Gotong-royong memasak untuk walimatul urus rumah Puan Zabidah telah diadakan pada Sabtu, 31 Mac 2012 di Surau Nurul Iman. (Gambar-gambar lain akan menyusul).

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KE-5 SRA FELDA SUNGAI BUAYA PADA SABTU, 31 MAC 2012

Mesyuarat Agung PIBG Ke-5 SRA Felda Sungai Buaya telah berlangsung pada Sabtu, 31 Mac 2012 bersamaan dengan 8 Jamadil Awwal 1433 Hijrah. (Berita dan gambar sekitar majlis berlangsung akan menyusul).

Mesyuarat Agung PIBG Ke-5 SRA Felda Sungai Buaya sedang berlangsung di dewan sekolah