Tuesday, April 3, 2012

MESYUARAT CADANGAN PENUBUHAN BADAN KHAIRAT NURUL IMAN PADA SABTU, 7 APRIL 2012

Pihak Surau Nurul Iman bercadang untuk mewujudkan 'Badan Khairat Nurul Iman'. Sebagai memulakan langkah, Ahli Jawatankuasa Kerja / Kecil perlu dibentuk untuk membincangkan perkara ini sebagaimana badan khairat perlu diwujudkan, dan hal-hal lain yang difikirkan bermanfaat untuk kebajikan anak kariah Surau Nurul Iman. 

Oleh itu mesyuarat pertama akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 7 April 2012 / 15 Jamadil Awwal 1433 Hijrah (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Nurul Iman

(Insya-Allah jamuan makan di Restoran Arab Hadralmout selepas mesyuarat)

Segala input / idea / pandangan dan persetujuan amat diperlukan agar cadangan ini dapat direalisasikan serta dimanfaatkan kebaikannya oleh semua anak kariah.

No comments:

Post a Comment