Saturday, March 10, 2012

KULIAH AGAMA OLEH USTAZ ISMAIL AHMAD PADA SABTU, 3 MAC 2012

Pada Sabtu, 3 Mac 2012 bersamaan dengan 10 Rabiul Akhir 1433 Hijrah telah diadakan Kuliah Agama oleh Ustaz Ismail Ahmad di Surau Nurul Iman, Cemperaisari.

Ustaz Ismail merupakan seorang pendakwah bebas. Pada kuliah tersebut, beliau telah membahaskan kitab 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Almarhum Ustaz Fathi Yakan, di samping menyentuh mengenai isu-isu umat Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Kuliah yang asalnya dijadualkan selepas Maghrib telah ditunda selepas Isyak kerana kesulitan yang dihadapi oleh Ustaz Ismail iaitu beliau terpaksa menempuhi kesesakan jalan raya yang teruk dalam perjalanan menuju ke Surau Nurul Iman memandangkan beliau menetap jauh. Namun itu tidak memberi kesan kepada ahli jemaah surau yang ingin mendengar kuliah dan menimba ilmu dari beliau. Kehadiran ahli jemaah surau tetap ramai walaupun kuliah terpaksa ditunda selepas Isyak, dan mereka tetap setia menunggu ketibaan Ustaz Ismail.
Ustaz Ismail Ahmad sedang memberikan kuliah

No comments:

Post a Comment