Tuesday, April 3, 2012

MESYUARAT CADANGAN PENUBUHAN BADAN KHAIRAT NURUL IMAN PADA SABTU, 7 APRIL 2012

Pihak Surau Nurul Iman bercadang untuk mewujudkan 'Badan Khairat Nurul Iman'. Sebagai memulakan langkah, Ahli Jawatankuasa Kerja / Kecil perlu dibentuk untuk membincangkan perkara ini sebagaimana badan khairat perlu diwujudkan, dan hal-hal lain yang difikirkan bermanfaat untuk kebajikan anak kariah Surau Nurul Iman. 

Oleh itu mesyuarat pertama akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 7 April 2012 / 15 Jamadil Awwal 1433 Hijrah (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Nurul Iman

(Insya-Allah jamuan makan di Restoran Arab Hadralmout selepas mesyuarat)

Segala input / idea / pandangan dan persetujuan amat diperlukan agar cadangan ini dapat direalisasikan serta dimanfaatkan kebaikannya oleh semua anak kariah.

Sunday, April 1, 2012

KITA PASTI AKAN MATI. BERSEDIAKAH KITA...?

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

   185 : سورة آل عمران

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." - Surah Ali-'Imran : 185.

SEKITAR GOTONG-ROYONG WALIMATUL URUS RUMAH PUAN ZABIDAH PADA SABTU, 31 MAC 2012

Gotong-royong memasak untuk walimatul urus rumah Puan Zabidah telah diadakan pada Sabtu, 31 Mac 2012 di Surau Nurul Iman. (Gambar-gambar lain akan menyusul).

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KE-5 SRA FELDA SUNGAI BUAYA PADA SABTU, 31 MAC 2012

Mesyuarat Agung PIBG Ke-5 SRA Felda Sungai Buaya telah berlangsung pada Sabtu, 31 Mac 2012 bersamaan dengan 8 Jamadil Awwal 1433 Hijrah. (Berita dan gambar sekitar majlis berlangsung akan menyusul).

Mesyuarat Agung PIBG Ke-5 SRA Felda Sungai Buaya sedang berlangsung di dewan sekolah

Saturday, March 31, 2012

MAKLUMAN KULIAH SUBUH OLEH USTAZ MUHAMMAD PADA AHAD, 1 APRIL 2012

Kuliah Subuh oleh Ustaz Muhammad akan didakan pada :

Tarikh : 1 April 2012 / 9 Jamadil Awwal 1433 Hijrah (Ahad)
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Surau Nurul Iman, Jalan Cemperaisari, Bandar Sungai Buaya
Kitab : Bidayatul Hidayah

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, March 28, 2012

MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN AJK & PEGAWAI MASJID SESI 2012-2015 MASJID AR-RAHMAH KAMPUNG SUNGAI BUAYA PADA AHAD, 1 APRIL 2012

MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN AJK & PEGAWAI MASJID SESI 2012-2015 MASJID AR-RAHMAH KAMPUNG SUNGAI BUAYA :

Tarikh : 1 April 2012 / 9 Jamadil Awal 1433 Hijrah (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ruang Solat Utama, Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya

SEMUA AHLI KARIAH DIMINTA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN HADIR DAN MEMILIH SAF KEPIMPINAN MASJID PADA MESYUARAT TERSEBUT.

Sarapan pagi disediakan.

CERAMAH UMAT ISLAM DI SYRIA BERMANDI DARAH OLEH SYEIKH SAMIR SAQQA PADA SABTU, 31 MAC 2012

CERAMAH UMAT ISLAM DI SYRIA BERMANDI DARAH OLEH SYEIKH SAMIR SAQQA (ULAMA SYRIA) :

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Ikhlas, Jalan Melatisari, Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor
Penterjemah : Ustaz Mohd. Nazmi Abdul Karim

TAYANGAN VIDEO KEKEJAMAN TENTERA SYRIA OLEH SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-MUQRI.

SEMUA DIJEMPUT HADIR. SUMBANGAN BANTUAN KEMANUSIAAN RAKYAT SYRIA DIALU-ALUKAN.

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-5 SRA FELDA SUNGAI BUAYA PADA SABTU, 31 MAC 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-5 SEKOLAH RENDAH AGAMA FELDA SUNGAI BUAYA :

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Tempat : Dewan SRA Felda Sungai Buaya

SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR. CERAMAH MOTIVASI DAN CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN.

GOTONG-ROYONG WALIMATUL URUS DI RUMAH PUAN ZABIDAH PADA 31 MAC & 1 APRIL 2012

GOTONG-ROYONG WALIMATUL URUS DI RUMAH PUAN ZABIDAH (NO. 21, JALAN CEMPERAISARI 3B) :

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 3 petang
Aktiviti / Tugas : Siang dan masak
Tukang masak : Ustazah dan muslimat
Penyelia : Remy

Tarikh : 1 April 2012 (Ahad)
Masa : 7 pagi
Aktiviti / Tugas : Masak dan kenduri
Penangah : Abdul Rahman dan Haidi
Air dan buah : Hamizat
Keselamatan : Fitri

SEMUA ANAK KARIAH DIJEMPUT HADIR PADA KEDUA-DUA HARI TERSEBUT.

MAKLUMAN KULIAH AGAMA DI SEKITAR KAWASAN PADA SABTU, 31 MAC 2012

KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ AHMAD YUSRI IBNU HAJAR (TIMBALAN MUDIR MA'AHAD TAHFIZ FUTUHIL ULUM, KEDAH) :

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAKLUMAN KULIAH AGAMA DI SEKITAR KAWASAN PADA JUMAAT, 30 MAC 2012

KULIAH MAGHRIB PERDANA BERSAMA USTAZ BADRULHISHAM :

Tarikh : 30 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Ikhlas, Jalan Melatisari, Bandar Sungai Buaya

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sunday, March 25, 2012

KULIAH SUBUH OLEH USTAZ SHAHZULQARNAIN PADA AHAD, 25 MAC 2012

Pada hari ini iaitu Ahad, 25 Mac 2012 telah berlangsungnya Kuliah Subuh di Surau Nurul Iman yang disampaikan oleh Ustaz Shahzulqarnain. Beliau telah membahaskan kitab 'Syarah Hadis Bukhari' (Fiqhul Hadis).

Pada kuliah kali ini, beliau telah menerangkan hadis mengenai Lailatul Qadar yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Hurairah r.a.

Ustaz Shahzulqarnain juga telah menceritakan latar belakang Abu Hurairah r.a., kisah sahabat Nabi SAW iaitu Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. yang membakar lembaran-lembaran hadis yang diriwayatkan olehnya disebabkan sikap berhati-hati dan takut melakukan kesilapan, dan kisah Sayyidina Umar al-Khattab r.a. yang menegur seorang sahabat yang beribadah sepanjang malam sehingga terlepas solat Subuh (luput waktu).

Kuliah Subuh berakhir sekitar jam 7.15 pagi sebelum ditutup dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah al-Asr.

Ustaz Shahzulqarnain sedang menyampaikan Kuliah Subuh
Ahli-ahli kariah yang hadir mengikuti Kuliah Subuh

KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ KAMARUZAMAN PADA SABTU, 24 MAC 2012

Pada Sabtu, 24 Mac 2012 telah diadakan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman dari Kuala Kubu Bharu. Ustaz Kamaruzaman merupakan seorang pensyarah di sebuah Kolej Komuniti di Hulu Selangor.

Beliau telah membahaskan kitab 'Fiqh Al-Harakah : Dari Sirah Nabawiyyah' karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pada kuliah kali ini, beliau telah mengupas tajuk 'Mendapat Tarbiyah Ilahi' iaitu di mukasurat 52.

Di bawah tajuk ini, Ustaz Kamaruzaman telah menerangkan perbezaan antara Tarbiyah (Pendidikan) dengan Ta'lim (Pembelajaran), kewajiban anak lelaki yang sudah baligh untuk mencari wang sendiri bagi membayar zakat fitrah, keperluan membersihkan hati dan jiwa bagi seseorang yang ingin menjadi pendakwah, kisah Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa a.s. yang bekerja mengembala kambing, ketinggian peribadi, akhlak dan maruah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sehingga baginda digelar 'Al-Amin' oleh penduduk Mekah, dan penyertaan baginda dalam Peperangan Al-Fajar.

Sebelum kuliah berakhir pada jam 9.10 malam, Ustaz Kamaruzaman telah menjawab satu soalan dari salah seorang ahli jemaah yang hadir dan diikuti dengan doa penutup yang dipimpin oleh beliau. Ustaz Kamaruzaman juga telah memimpin Solat Isyak berjemaah selepas itu.

Friday, March 23, 2012

MAKLUMAN TAFAQQUH FIDDIN DI SEKITAR KAWASAN PADA AHAD, 25 MAC 2012

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA TUAN GURU HAJI ABDUL RAHIM :

Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 9.45 malam
Tempat : Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
Kitab : Al-Adab al-Mufrad Lil Imam al-Bukhari

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAKLUMAN KULIAH AGAMA DI SEKITAR KAWASAN PADA SABTU, 24 MAC 2012

KULIAH DHUHA OLEH USTAZ MUHAMMAD HADI TALHA :

Tarikh : 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau Al-Ikhlas, Jalan Melatisari, Bandar Sungai Buaya
Tajuk : Undang-undang Jenayah Islam

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAKLUMAN KULIAH AGAMA DI SEKITAR KAWASAN PADA JUMAAT, 23 MAC 2012

KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ HAZRI HASHIM AL-BINDANI :

Tarikh : 23 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Ikhlas, Jalan Melatisari, Bandar Sungai Buaya
Kitab : Sirah Para Sahabat

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAKLUMAN MESYUARAT WALIMATUL URUS RUMAH PUAN ZABIDAH MAT ZAIN

Makluman mesyuarat walimatul urus di rumah Puan Zabidah Mat Zain :

Tarikh : 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : Selepas solat Isyak
Tempat : Rumah Puan Zabidah Mat Zain (No. 21, Jalan Cemperaisari 3B)

Ahli-ahli jemaah dijemput hadir.

Saturday, March 10, 2012

NANTIKAN KEMUNCULAN IWAN, SHAM KAMEKAZE, MEL WINGS & BOB LOKMAN DI BANDAR SUNGAI BUAYA!

MALAM KESENIAN ISLAM

Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam (dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah)
Tempat : Padang Kembojasari, Bandar Sungai Buaya

Artis Jemputan : Iwan, Sham Kamekaze, Mel Wings dan Bob Lokman.

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI DAN SEMUA DIJEMPUT HADIR!

KULIAH SUBUH OLEH USTAZ FAKHRUNNAKHWI AKAN DIADAKAN PADA AHAD, 11 MAC 2012

Makluman kepada seluruh penduduk perumahan Cemperaisari dan kawasan sekitarnya, Kuliah Subuh hujung minggu akan diadakan seperti biasa pada Ahad, 11 Mac 2012 di Surau Nurul Iman, Cemperaisari dengan penceramah jemputan ialah Ustaz Fakhrunnakhwi dari Serendah. Beliau akan membahaskan tajuk 'Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah'.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ MUHAMAD NAIM PADA AHAD, 4 MAC 2012

Pada Ahad, 4 Mac 2012 yang lalu Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim telah menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Nurul Iman, Cemperaisari dengan membahaskan tajuk 'Tanda-tanda Kemenangan Islam'.

Sambutan para ahli jemaah surau pada Kuliah Maghrib oleh Ustaz Muhamad Naim kali ini amat memberangsangkan dengan turut dihadiri oleh Muslimat, remaja dan kanak-kanak dalam jumlah yang ramai.

Semoga jumlah kehadiran yang ramai ini akan terus berkekalan di kuliah-kuliah akan datang, insya-Allah.
Ustaz Muhamad Naim sedang menyampaikan Kuliah Maghrib.